
i choose the one less traveled by.
let's hope i have a safe journey
"..a tale, told by an idiot, full of sound and fury, signifying nothing." -life's brief candle, William Shakespeare

Jimmy suruh update.
The weekend as usual, balik rumah mak. Balik lepas waktu maghrib. Under normal law abiding, speed limit adhering circumstances, it's a 2+hour, 135km drive. For me it takes one and a half hour from keratong, Bandar tun razak to kg sri damai,kuantan.
Pada petang jumaat tu, cadangnya nak balik pukul 7pm. The plan for that evening was 3.00-5.00pm, use the school hall untuk buat ujian bulanan form 4. Pastu 5.15 to 6.15, coach netball. Tapi plan tu jadi celaru bila dapat msg dari housemate yang kena balik jengka, tengahhari sebelum waktu balik(sekolah ku tiada loceng). Petang tu org astro nak buat installation. Jangka antara 1 or 2 pm..
1 pm. Tunggu…tiada.
2 pm. Tunggu … tiada.
2.50pm. tak boleh tunggu.
So 2.55pm kuar rumah g mimi mart. Tempat photostate paling murah di Bandar tun razak.
3.05pm tiba di sekolah. Pelajar2 sudah menunggu di wakaf tepi pondok jaga di tepi pagar utama. Dewan masih berkunci. Silap diri sendiri lupa nak pesan kat pak guard. Berjalan ke pondok pak guard.
" assalamualaikum. Pakcik boleh bukakan dewan"
"cikgu dah ada ke?" sambil memandang ke arah dewan.
"sayalah cikgu nya" di sambut oleh gelak ketawa pelajar2ku.- felt like rolling my eyes but a smile feels more polite.
Dewan di buka. Pelajar mengambil tempat masing-masing. Dan kertas pun mula diedarkan. Tetapi bila bungkusan kertas dibuka. Tempat photostate paling murah di Bandar tun razak, tidak mengikuti spesifikasi yang diarahkan. Berlakulah salah cetak. Hilanglah face validity kertas ujian ku. Terbazirlah 70 helaian kertas yang disalah cetak. Terbazirlah rm2.80 yang bersamaan dengan sepinggan nasi lemak telur & Nescafe tarik, yang tidak ku makan pada tengah hari tersebut di kantin sekolah…ujian lewat dimulakan. 15 minit lebih lewat daripada apa yang ku jangkakan.
4 pm
"You came and saved me tonight
Defending all my life
Now I'm content with my breathe
'Cause I'm alive.."
Ringtone ku. Korus 'saved' nyanyian the spill canvas, memecah kesunyian dewan.
"hello…"
"hello. Aisyah dah balik kuantan ke?"
"tak. kat sekolah. Buat ujian kat dewan"
"Aisyah. Boleh balik tak, jap? Org astro dh tunggu kat rumah."
"ok." Inginku katakan tidak. Tapi mulutku terlalu sopan
Bangun. Bergerak ke kantin (terletak di sebelah dewan). Terdapat beberapa pelajar 5 rc di situ. Mungkin mereka boleh diguna pakai sebentar untuk mengawasi pelajar-pelajar tingkatan 4 ku… sedang langkah ku menuju ke kantin. Ternampak wan. Si gempal pengawas 5ss yang ku tidak berapa suka kerana sikap lagak authoritive nya. Melihat dirinya ku rasakan dia lebih sesuai untuk mengantiku sebentar di dewan berbanding mereka di kantin. Alhamdulillah. Dia boleh digunapakai.
Bergegas kembali ke rumah. Nasib baik hanya 5+ minute drive. Parking. 4 tingkat ku daki.
Salah seorangnya sudah menunggu didepan pintu rumah ku.
Installation dilakukan. 4.55 pm siap. Bergegas ku kembali ke sekolah. Tiba di sekolah, tidakku terus ke dewan. Ke padang dulu. Briefing dulu pemain-pemain bola jarring, apa yang ku harap mereka lakukan. "Buat warm up. Stretching. Lari 2 pusingan court. Practice buat hantaran. Jam 5.30 insyaAllah. Cikgu kembali. "
Kembali ke dewan. Masuk tak bagi salam. Sebaliknya.. " you have 30 more minutes ..."
30 minit berlalu. Ujian ditamatkan. Kertas jawapan dikutip dan disimpan di dalam kereta. Ke padang pula. Latihan bola jaring tamat jam 6.30. kembali ke rumah. Rehat sebentar di depan tv. Packing barang. kemas rumah. Sapu lantai. Buang segala sampah. Mandi. Get dressed.Bersiap untuk balik kuantan. Pastikan tingkap ditutup. Ayat kursi dibaca. Pintu dikunci. Mangga diselak dgn bacaan selawat. 7.30pm memandu keluar dari keratong lepas azan maghrib.
8.20pm. beberapa kilometer lepas politeknik muadzam yang tak siap-siap. Tetiba jam. Jam. jalan itu tak pernah jam.
Musnah flight plan aku untuk makan malam bersama keluarga. Sejam lebih terperangkap. Puncanya lori balak terbalik. Kesesakan lalulintas dianggarkan 10km panjangnya, menghala ke kuantan dan juga segamat.
Tiba di rumah 10.30 malam. Mak abah, semua dh makan dulu.
Jadi ku ambil semangkuk spaghetti yang mak goreng macam mee (ikut kefahaman mak, mee kuning kurang baik untuk kesihatan. Bihun takpe.). Dari dapur …Menapak lagi 50 meter ke arah tv yang ada siaran astro … ke common room. Living room yang lebih dekat ada tv. Tapi tv ruang tersebut, Tiada astro. Siaranya lebih banyak static dan skrinnya lebih kecil.
Tonton tv sambil makan semangkuk spaghetti yang mak goreng macam mee. Habis makan. Malas pula nk kembalikan mangkuk ke dapur. Mangkuk diletakkan di kaki sofa. Tonton tv lagi smpai tertido. Bila tertido pun tak tau. Bangun jam 12.30. gigi terasa seperti disira dengan gula (jangan salah faham,spaghetti yang mak goreng macam mee tidak manis rasanya..). bangun. Gosok gigi. Basuh muka, basuh kaki. Masuk bilik. Tido.
Mangkuk spaghetti yang mak goreng macam mee masih di kaki sofa.
isnin 10 ogos 2009.
2.34pm.
kertas ujian jawapan pelajar masih di dalam kereta.